Khamis, 11 Oktober 2012

Pengenalan

Assalammualaikum wbt...

Laman blog ini adalah bagi memperingatkan diri saya, keluarga dan rakan-rakan sekalian tentang semangat ingin memperbaiki kehidupan diri dan keluarga.

Sebagai pengenalan, tajuk laman ini adalah 'Meniaga Lalu Melancong' kerana itulah yang saya lakukan sejak Ogos 2012, iaitu mencari pelanggan yang ingin mendapatkan produk berkualiti bagi meningkatkan mutu kesihatan atau penjagaan kenderaan. Sama ada produk yang saya cuba perkenalkan itu akan dibeli atau tidak bukanlah perkara utama. Saya dapati perniagaan dalam kumpulan ini menjadikan saya ingin berkongsi dan menyampaikan kebaikan ke seluruh negara, dan tidak mustahil ke seluruh dunia. Syarikat saya pula akan memberikan ganjaran ke atas perkongsian ini dengan memberi pakej-pakej pelancongan ke serata pelusuk dunia. Cuma dengan berniaga, boleh berjalan merata-rata...sesuatu yang tak pernah saya bayangkan sebelum ini. Nak melancong? Mestilah, tapi kena ada banyak duit, kerja besar. Nak kerja besar, kena belajar 'tinggi-tinggi'. Kalau tak kuat semangat, akhirnya yang terpacul dari mulut hanyalah 'biarlah, dah takde rezeki, apa yang ada ni pun dah mencukupi'. Sedangkan rezeki itu adalah kurniaan Allah kepada hambaNya yang mahu berusaha dan 9 daripada 10 pintu rezeki itu adalah perniagaan.

Begitulah bagaimana boleh terbitnya idea untuk blogspot ini. Penghargaan saya buat CDM Abang Ramzi yang menggunakan istilah ini dalam ceramah beliau. Terima kasih kepada Hai-O Marketing Sdn Bhd yang memberikan saya platform untuk berjuang. Tak dilupakan kepada semua CDM, upline-upline, dan sponsor saya yang telah bersama-sama berjuang demi meningkatkan taraf hidup anak bangsa.